Assalamualaikum, saya Iqbal.

Dari kertas kerja hingga projek berjalan.

Saya Muhammad Iqbal Amran, akauntan bertauliah dan bekas juruaudit. Saya membantu PKS dan koperasi menyediakan rancangan perniagaan, rekod kewangan dan sistem yang lengkap, supaya anda bersedia apabila bank, pemberi dana atau rakan kongsi memintanya.

Perbincangan boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau English, melalui WhatsApp atau secara dalam talian.

Muhammad Iqbal Amran, pengasas Amran Advisory
PengasasMuhammad Iqbal Amran
Kelayakan Profesional ✓ Akauntan Bertauliah, C.A.(M) ✓ CPA ✓ CIA ✓ CFE ✓ CISA ◆ Lebih 7 tahun dalam bidang audit, risiko dan pematuhan di Ernst & Young dan SAP SE

Kisah Saya

Pengalaman audit, kini dibawa turun padang

01

Kerjaya Audit

Saya memulakan kerjaya dalam bidang audit, risiko dan pematuhan di Ernst & Young dan SAP SE selama tujuh tahun. Tugas utama saya ialah memastikan angka dan laporan syarikat boleh dipercayai.

02

Bersama Koperasi

Apabila mula membantu sebuah koperasi, saya melihat cabaran yang berbeza. Masalahnya bukan penyelewengan, tetapi kekurangan tenaga: tiada yang sempat menyediakan kertas kerja, menyimpan rekod atau menguruskan projek, dan Lembaga sukar mencari pelapis.

03

Turun Padang

Saya melaksanakan sendiri kerja-kerja tersebut, daripada kertas cadangan pembiayaan, kertas Lembaga, perolehan dan rekod, hinggalah Mesyuarat Agung Tahunan dan pembukaan projek kepada pelanggan.

04

Amran Advisory

Pengalaman itu mendorong saya menubuhkan Amran Advisory, supaya PKS dan koperasi lain dapat menikmati bantuan yang sama dengan yuran yang berpatutan.

“Dulu tugas saya mengesan kesilapan selepas ia berlaku. Kini saya membantu memastikan semuanya betul sejak awal.”

Konsep Barisan Keempat

Syarikat besar mempunyai tiga barisan pertahanan. Kebanyakan PKS dan koperasi tidak mempunyainya.

Dalam syarikat besar, pihak pengurusan menjalankan operasi, unit risiko dan pematuhan memantau, manakala juruaudit dalaman membuat semakan. Dalam PKS dan koperasi, ketiga-tiga peranan ini lazimnya digalas oleh pemilik atau Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Amran Advisory berperanan sebagai barisan keempat, iaitu pakar luar yang boleh dirujuk apabila diperlukan.

Barisan PertamaPengurusanmenjalankan operasi harian
Barisan KeduaRisiko & Pematuhanmemantau risiko
Barisan KetigaAudit Dalamanmembuat semakan bebas
Barisan KeempatAmran Advisorypakar luar yang boleh dirujuk oleh PKS dan koperasi

Nama blog saya, The 4th Line of Defense, diilhamkan daripada konsep ini.

Perkhidmatan

Empat perkhidmatan utama

No.PerkhidmatanSkopSesuai untuk
1Rancangan Perniagaan & Dokumen Pembiayaan →Rancangan perniagaan, unjuran kewangan lima tahun yang telah diuji, dan dokumen sokongan yang lengkapPermohonan pinjaman, geran, tender dan kerjasama
2Penyusunan Rekod & Sistem Perakaunan →Resit dan penyata bank terdahulu disusun serta diselaraskan, dan sistem perakaunan disediakan untuk akauntan andaPerniagaan yang rekodnya tertunggak atau tidak lengkap
3Khidmat Nasihat Sistem Digital →Perbandingan dan cadangan bertulis, diikuti pemasangan sistem dan latihan stafPemilihan sistem perakaunan, POS, inventori atau tempahan
4Rakan Strategik →Sokongan pengurusan secara separuh masa dan bulanan, dengan setiap keputusan kekal di tangan anda atau LembagaPerniagaan dan koperasi tanpa pengurus sepenuh masa

Yuran tetap dipersetujui secara bertulis sebelum kerja dimulakan. Saya menyediakan khidmat perunding pengurusan dan IT; akaun, cukai dan audit dimuktamadkan oleh akauntan berlesen anda.

Penggunaan AI

AI membantu kerja asas. Setiap angka tetap saya semak sendiri.

AI digunakan untuk membaca resit, memadankan transaksi bank dan menyediakan draf awal. Kerja yang biasanya mengambil masa berminggu-minggu dapat disiapkan lebih cepat, dan penjimatan ini membolehkan yuran kekal berpatutan.

Alat AI yang digunakan dinyatakan dalam surat lantikan. Maklumat yang tidak diperlukan, seperti nombor kad pengenalan, dikeluarkan terlebih dahulu, dan tiada dokumen diserahkan tanpa semakan saya.

Nilai yang Saya Pegang

Amanah

Maklumat, kewangan dan nama baik anda dijaga sepenuhnya. Saya tidak memegang wang pelanggan atau menandatangani sebarang bayaran.

Teliti

Setiap angka disemak sebelum dihantar kepada bank, pemberi dana atau Lembaga. Unjuran dibuat secara realistik, bukan dibesar-besarkan.

Sampai Jadi

Saya tidak sekadar menyerahkan dokumen. Saya bersama anda sehingga projek benar-benar berjalan.

Mari Berbincang

Ada projek yang baik tetapi kekurangan tenaga untuk melaksanakannya? Saya sedia membantu.

Sesi perbincangan pertama selama 30 minit adalah percuma. Saya akan mendengar keperluan anda dan memaklumkan secara jujur sama ada saya dapat membantu. Jika tidak, saya akan mencadangkan pihak yang lebih sesuai.

Iqbal

Muhammad Iqbal Amran · Pengasas, Amran Advisory

Tiada projek yang baik sepatutnya gagal hanya kerana dokumen yang tidak lengkap.