Ramai koperasi sukar mendapatkan anggota muda untuk menguruskan perniagaan, dan ramai pemilik PKS tiada pembantu untuk urusan dokumen. Melalui perkhidmatan Rakan Strategik, anda mendapat sokongan pengurusan secara separuh masa, manakala setiap keputusan kekal di tangan anda atau Lembaga.
Pakej Perkhidmatan
| Pakej | Tempoh | Skop |
|---|---|---|
| Asas | 4 hari sebulan | Rancangan perniagaan, laporan pengurusan bulanan, serta pemantauan peluang geran dan pembiayaan |
| Pertumbuhan | 8 hari sebulan | Skop pakej Asas, serta pemantauan sehingga tiga unit perniagaan, perolehan dan rakan kongsi |
| Pengurusan Penuh | 12 hari sebulan | Pengurusan harian bagi semua unit perniagaan |
Tempoh minimum 12 bulan. Yuran bulanan dipersetujui bersama anda atau Lembaga secara bertulis sebelum perkhidmatan bermula.
Perlindungan untuk Anda
- Saya tidak memegang wang anda atau menandatangani sebarang bayaran.
- Bajet, pinjaman dan kontrak utama diputuskan oleh pemilik atau Lembaga.
- Bagi koperasi, saya menyokong Lembaga dan pengurus, dan tidak menggantikan pengurusan sepenuh masa seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi SKM (GP27).
- Laporan bertulis disediakan setiap bulan mengenai kerja yang telah dibuat, keputusan yang diambil dan tindakan seterusnya.
Soalan Lazim
Bolehkah kami menukar pakej kemudian?
Boleh. Pakej boleh dinaikkan atau diturunkan pada akhir mana-mana bulan dengan notis 30 hari, dalam tempoh perkhidmatan 12 bulan.
Siapakah yang melaksanakan kerja?
Setiap tugasan Rakan Strategik dikendalikan sendiri oleh saya, Muhammad Iqbal Amran.